Tuesday, August 23, 2011

WARKAH BUAT SAHABAT



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Di sini lagi saya bertamu, untuk menitipkan beberapa kata2 yang saya rasakan boleh dikongsi bersama sahabat2 saya (^.^)
Rindu pulak dah lama tak ‘landing’ kat sini ;)
Well, I want to share with all of u a poem of narration in IN-TEAM’s album, Impian Kasih.. hmm..it makes me thinks of many things. Ha ha. Including my friend that have been ‘risik’ by someone 'close' to us. (sorry to mention it here my dear ;p )


Tuhan,
Dari setitis cintaMu,
Kau limpahkan sumbu cinta ini,
Cinta warisan Adam & Hawa,
Cinta yang berputik di taman syurga,
Tumbuh dan berbunga di taman dunia..

Naluri hati seorang lelaki yang bakal bergelar suami,
Mengimpikan seorang wanita solehah sebagai isteri,
Merindukan pertemuan di pelamin keredhaan,
Sama berganding menuju keampunan,
Sebuah rumah tangga bahagia bayangan syurga idaman..

Kau yang ditakdirkan di suratan azali,
Untuk hadir dalam hidup ini,
Bukan permata yang ku janjikan sebagai mahar perkahwinan,
Tapi sebuah cinta yang ku bina di dasar iman,
Sebuah kasih yang ku semai di taman Islam,
Moga kau sudi menerimanya,
Agar impian kasihku menjadi kenyataan,
Kau yang aku segera idamkan..
~narration of impian kasih~

(cute pics that not related to the quote^^)


So, how is it? Agaknya inilah yang terlintas di fikiran si mujahid kan? If tak pun, lebih kurang la.. Mujaheed yang ikhlas merisik hati yang tidak beraja tapi mempunyai takhta, yang Tuhannya menjadi pemangkin segala sudut amalnya, yang meletakkan REDHA ilahi sebagai matlamat hidupnya, yang meletakkan syara’ di hadapan sebelum other approaches  ^^ ~

Membina Baitul Muslim keranaNya juga impian kita^^



Di kesempatan ini ku titipkan warkah istimewa buat sahabatku yang ku cintai.. 

Buat sahabatku yang dikasihi kerana Allah,
Apabila si Adam bertanya padamu melalui wadah yang syar’ie, maka wajar kau pertimbangkan. 
Serahkan istikharahmu padaNya, curahkan segala pengharapan, biarlah Dia yang menentukan.
Setiap yang kau putuskan itu keputusannya bukan untuk maslahat di dunia sahaja, tapi untuk akhirahmu juga sahabatku sayang.. 
Fikirkan dengan teliti dan tenang.. 
Sedikit persoalan suka untuk ku usulkan padamu. Moga ianya dapat membantumu dalam kau pertimbangkan lamaran. 



Adakah Baitul Muslim yang bakal kau bina dengan si dia akan membantumu menggapai redhaNya dan menjadi salah sebuah wadah dalam membina sebuah khilafah Islam impian ummah? 



Atau..

Adakah ianya hanya akan menjadi sebuah perkahwinan yang dapat membahagiakan kau, dia dan keturunanmu tetapi tidak untuk medan da'wah ini?

Sahabatku sayang… 
Jika kau lihat padanya terdapat cahaya iman dan keindahan tawadhu’, jangan kau ragu… 
Jika kau lihat padanya wujud ciri pemimpin lilmuttaqin, jangan kau ragu… 
Jika kau lihat padanya ada ciri syabab Islami sejati yang bersedia berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan yang hak, jangan kau ragu… 
Jika kau lihat padanya ada ciri-ciri seorang syabab yang bersedia memikul mas’uliyah yang lebih besar demi Deen ini, janganlah kau ragu-ragu… 
Dan, jika kau lihat padanya terdapat sesuatu yang kau cari dan dapat membimbingmu sepanjang hayatmu menuju RedhaNya, SyurgaNya dan CintaNya, janganlah kau ragu MENERIMAnya..



Meski pun aku bukanlah insan yang selayaknya membicarakan hal ini, namun aku sahabatmua yang amat2 mengasihimu dan mengharapkan kebahagiaanmu di dalam redhaNya di dunia dan akhirat..
Harapnya sahabatku dapat menerima lontaran rasa dan buah fikiran ini ;)
Lontaran rasa berdasarkan pembacaan, pengalaman dan pendapat ;) juga berdasarkan kajian saya terhadap sahabat saya yang amat saya cintai ^^ 

warkah ini ditujukan pada sesiapa yang membacanya =) 

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

i would like to share the entry in this blog too..