Wednesday, June 14, 2017

Perancangan Allah Itu Umpama Gula-Gula 1

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum awak. Lama dah tak jumpa kan? Rindu saya nak bebel kat awak. :-*
Alhamdulillah, Allah masih sudi memberikan kesempatan dan peluang pada saya untuk bernafas dan bernyawa di bumi ini tidak lain tidak bukan untuk terus ber'ubudiyyah kepada-Nya.
Saja saya nak share. Sesuatu yang sering saya buat saya rasa bahagia dan bersyukur kalau terfikir tentangnya :-)
Setiap keputusan besar yang telah saya buat dalam hidup saya telah membawa saya ke hari ini. 
Specifically di sini, keputusan di mana saya akan sambung pengajian saya.

Dari saya sekolah sampailah ke universiti.

***********************************************************************************
Flashback 10 tahun lepas.

Saya beriya-iya nak pindah sekolah.
Nak masuk sekolah menengah teknik.

Nak kejar cita-cita sebagai arkitek muslimah yang mu'minah, berjaya dan anggun *wink~

However, biiznillah, ibu saya menentang keputusan yang ayah saya buat untuk saya tu.
Ha'ah, ayah saya yang buat suggestion supaya saya sambung ke sekolah teknik sebenarnya.

Kat sana katanya, saya boleh ambil Lukisan Kejuruteraan. Saya memang eksited sangat la masa tu. Sebab saya memang 'gila' melukis. Jadi saya tersangat happy membayangkan saya boleh melukis dengan sesuka hati saya dan paling best melukis akan jadi sebagai salah satu mata pelajaran saya. Seronoknya perasaan saya waktu tu masih saya rasakan sampai sekarang. :-)

Ok, sambung semula pada ibu saya.

Kata ibu saya pada ayah saya (waktu ni dalam kereta), sekolah di luar ni macam2. Dia sebagai guru sekolah menengah kebangsaan cukup risau dengan masa depan saya dan apa yang bakal saya hadapi jika saya bersekolah di sekolah biasa yang tiada suasana Islam. 
Tambahan pula keadaan saya yang sakit ketika itu, risaunya bertambah-tambah la. Takut2 ada pembuli yang akan ambil kesempatan ke atas anak dia yang obviously nampak lemah dan comel ni. Hehe.

And after that, after we perform our Maghrib solah together, ibu came to my room.

I know this time will come. 
Dan saya boleh agak apa yang ibu saya nak cakapkan.

"Aisyah, cuba fikir, kalau sekolah teknik tu ada tak suasana macam SMIK? Kau rasa kalau sekolah kat situ akan dapat tarbiyyah macam kat SMIK tak? Ada ke program2 macam kat SMIK?"

Saya diam. Rasa nak menangis. Menentang dalam hati.

"Ibu bukan tak nak bagi kau amek LK tu. Tapi pada ibu, tarbiyyah tu lebih penting. Aisyah tahu kan tujuan hidup kita sebagai apa? Allah jadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ni. Dan kalau nak jadi macam tu, kita kena lalui Tarbiyyah. Tarbiyyah yang kau dapat di SMIK mungkin kau tak kan dapat di sekolah teknik. Suasana tarbiyyah tu penting."

Saya diam lagi. Mula memahami apa yang ibu saya ingin sampaikan.

"Ibu takyah cakap pun kau mesti faham."
Air mata saya mula bergenang.

"Tapi ibu, Aisyah teringin nak amek LK tu. Kan lagi senang dapat Architecture kalau ada subjek LK. Lagipun boleh la Aisyah belajar lukis betul2."

Saya sedih sangat waktu tu. Seperti terpaksa melepaskan satu ikatan dalam hati saya. Mujur saja ikatan itu masih baru.

"Takpe, LK tu tak penting pun sebenarnya. Kalau Allah izin Aisyah amek Architecture nanti, mesti boleh dapat. Tak semestinya kena ada LK."

Saya tak tahu nak kata apa.

"Jadi, sekolah SMIK je la eh?"

Saya diam. Tidak mahu setuju. Menunjukkan permberontakan halus.
Ibu saya pun bangun dan keluar.
Maka berduyun2 lah keluar titisan2 air mata yang tertahan tadi. Huhu.
Laju keluarnya. Menangis sungguh2.

Tapi lepas tu biiznillah, saya rasa redha dan lapang dada.
Mungkin berkat doa ibu saya sendiri.

Dan akhirnya saya pun sambunglah tingkatan 4 & 5 saya di sekolah tercinta saya tu.

Dan subhanallah, pada tahun-tahun tu, banyak tanggungjawab telah diberikan pada saya.
Walhal saya sangatlah biasa2 saja.
Tiba2 naik jadi umana'(pengawas), ketua rumah sukan, pengerusi kelab, menang pelbagai pertandingan dan macam2 pencapaian lagi.
Dan tanggungjwab-tanggungjawab ini telah mendidik sifat kempimpinan dalam diri saya. Ececeh.
Walhal sangat la tak macam pemimpin.
Tapi alhamdulillah, saya seronok belajar mendekati junior-junior di sekolah saya.
Dari situ baru saya dapati yang saya ni pandai ngam dengan adik-adik.
Kelebihannya, mereka mudah meluahkan masalah pada saya.

Kelemahannya, saya yang lemah nak tegur mereka kalau lambat ke surau sebabnya saya pun selalu sangat lambat. Hehe
Tahun akhir di situ, saya selalu sangat sakit2.
Banyak tak datang sekolah. Kalau tahun-tahun sebelum tu kehadiran cuma 3-4 hari sahaja tak hadir, tahun tu 1/4 je kehadiran.
Kebanyakannya disebabkan sakit belakang saya.
Alhamdulillah Allah kurniakan saya kawan2 dan cikgu2 yang sangat memahami.
Sekarang ni kalau jumpa mesti soalan pertama mereka tanya, 
"Aisyah sihat? Macam mana belakang?"
Dan respon mereka bila nampak saya saya sekarang,
"Aisyah nampak kuat sekarang. Tapi macam kurus je."
Eh. Walhal...

Sesungguhnya susunan dari Allah itu yang terbaik.
Dari tahun-tahun akhir saya di situ juga saya mendalami erti sebenar Tarbiyyah yang ibu ayah saya sering sebut-sebutkan.
Betapa beruntungnya saya bersekolah di situ.
Dan betapa beruntungnya saya mempunyai ibu bapa yang memahami makna Tarbiyyah dalam hidup seorang hamba Allah.
Alhamdulillah tsummalhamdulillah...

'Maka ni'mat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?'

So, nampak tak?
Tak nampak takpa, saya tunjuk dalam cerita seterusnya okay?
Hehe.
Wallahu ta'ala a'lam.

To be continued...