Wednesday, September 8, 2010

Sedihnya...

Assalamu'alaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh...
Dear cik blog..
Saya sedih...sangat sedih...
Dia nak tinggalkan saya..
Sukar untuk saya terima yang kami akan berpisah.

Saya gagal.

Saya dapat rasakan yang saya memang telah GAGAL.


Saya telah sia2kan waktu bersama dia.


Saya merasakan...kerugian yang amat besar..
Ya Allah...ruginya saya...ruginya saya...
Dah la dia nak datang setahun sekali je.
Datang dengan macam2 hadiah.
Tunggu saya amek je.
Tapi...


Saya tak mungkin boleh bawa dia balik dari malam pertama dia datang.
Dia semakin jauh..dan tak mungkin boleh saya gapai..
Saya telah terlepas banyak peluang dan hadiah yang dia bawak hari tu..
29 malam yang lepas.....saya cuma mampu peroleh hadiah giffen di antara hadiah2 yang terbaik tu.
Ya Allah..berpeluangkah aku untuk bertemu dengannya buat kali ke-20?
Aku telah GAGAl 19 kali...
sudikah Kau menghadiahkan dia sekali lagi kepadaku?
Ya Allah...
Ya Allah...
Ya Allah....ya Rahman..ya Rahim..


Andai aku punya daya, akanku halangnya dari pergi meninggalkanku..
Astaghfirullahal'azim....
Ampunkan aku wahai Tuhan yang Maha Pengasih,
kerana telah menyia2kan peluang yang Kau berikan sebanyak 19 kali begitu sahaja.
Jangan Kau tarik hidayahMu setelah Kau berikan kepadaku...


Ya Rabb..aku hina tanpa redhaMu..
Aku hina tanpa kasihMu..
Aku hina tanpa keampunanMu..
Aku tidak layak ke syurgaMu tanpa rahmat dariMu..


Ya Ramadhan..pemergianmu terpaksa ku relakan,
namun pertemuan kita yang seterusnya sentiasa ku nantikan...
Moga Allah sudi menghadiahkan peluang ramadhan ke-20 kepadaku..


Dan selamat datang Syawal yang ke 19 sebagai sisipan dalam diari hidupku....

1 comment:

  1. Salam 'alaik..

    Memang rasa macam aku x wat aap2 pun utk hadiah yg Allah bg kali ni.. hukhuk!..
    Biarkan je dia pergi mcm tu.. Moga Ada lagi kesempatan buat kita..

    Weyhhh! seyesly said, aku pun rasa bengong semacam dgn english aku.
    hoho! so, ko kena tlg aku.. to make it better.. much better!

    rily need to do something!

    ReplyDelete