Wednesday, April 17, 2013

Di Kesempatan Ini

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Maaf, lama tak menulis. Bukan tak sudi untuk berkongsi ilmu yg tiada sebesar zarah ini, tetapi kerana tuntutan aturan masa yang sebenarnya tidak mampu dipatuhi pun. Sibuk. Semua untuk dunia. Dengan tujuan untuk akhirat. Bersebabkan keredhaan & kasih sayang Allah yang maha luas. Terdetik untuk menulis semula setelah hati yang sakit terasa ingin berkongsi kesakitan agar kesihatannya akan sentiasa kalian hargai. Iya,hargai dan syukurilah ni'mat IMAN & ISLAM yang tidak semua insan dapat rasai. If U had experienced it even once, that means Allah LOVES U. And if U still feel it, means Allah REALLY LOVES U. But if U didn't feel it any longer, Allah DO LOVES U, in unique way :)

Dan, kerana saya takut saya tidak akan berkesempatan lagi untuk berkongsi. Sedangkan ini adalah amanah sepanjang hidup.

Maaf jika ianya lebih kepada sebuah luahan rasa, tapi sesungguhnya ini adalah ilham yang saya mohon agar ianya adalah ilham yang benar.

Sejak dua menjak ni, kerapa ada sapaan dalam diri.
'Masa saya dah tak lama.'
Dan kerinduan kepada nama yang terkandung di dalam syahadah, luar biasa rasanya. Tak tertampung rindu.

Syukur. Kerana Allah sudi menghadirkan rasa ini kepada diri saya yang sangat pendosa. Iya, pendosa dengan dosa hanya Dia yang tahu. Rasa ini mendorong saya melakukan semua pekerjaan dengan sebaik mungkin. Walaupun saya sedang letih dan lapar. Saya akan cuba dengan sedaya yang ada. Penuhi segala permintaan, permintaan J mahupun orang2 tersayang di sekeliling. Menjadi pendengar sebaik mungkin kepada kisah2 mereka, walaupun jujur saya tidak mampu untuk mengingati semuanya, apatah lagi sebagai penyimpul hikmah yang baik di situ. Sayang2ku, saya minta maaf, saya tak mampu lakukan yang terbaik lagi. Setakat ini, itu kemampuan saya. Dalam kesempatan2 ini, kalianlah bidadari yang akan sentiasa dirai selepas Allah dan RasulNya dan kedua ibu bapa saya. Aku pinta, agar Allah meluruskan kasihku pada kalian hanyasanya kerana DIA, Yang Maha Penyayang.

Saya tak baik. Jujur. Saya bukan seorang yang baik. Sukar, cukup sukar menjaga sebuah NIAT. Cukup sukar mennggapai apa itu tawadhu'. Cukup sukar untuk beristiqamah. Lompang di sana sini. Compang camping. Tak tertampal lubang2 yang menampakkan keaiban diri. Sungguh, saya bukanlah DA'IE jika bukan kerana kasih sayang Allah pada saya. Bukanlah saya di sini untuk merendah2kan diri di hadapan manusia, tetapi ingin saya sampaikan bahawa betapa baiknya Allah yang sentiasa memelihara keaiban saya. Sehingga mereka menyangka bahawa saya seorang yang ada sedikit kebaikan.

Sayang2ku sekalian, apa yang saya nak sampaikan sebenarnya, walaupun dirasakan kita adalah manusia yang paling rendah imannya, hatta kemungkinan wujudnya itupun mungkin tiada, LAKUKANLAH SEGALANYA DENGAN TERBAIK. Iya, terbaik. Dengan berlandaskan kerana redha Allah dan berpandukan sunnah-sunnah atau cara2 Rasulullah..Sebab, kita tak pernah tahu dan tak akan tahu bila ajal kita. Saya suka kata2 ni dan saya percaya kalian juga.
'Bekerjalah seolah-olah kalian akan hidup untuk selamanya. Dan beramallah seolah-olah kalian akan mati pada esok hari.'
Saya masih tak mampu mengaplikasikan kata2 ini. Tetapi dalam usaha mengaplikasikannya. Yok, kita realisasikan dalam hidup kita! Hidup kita dah tak lama.. Esok lusa atau mungkin nanti kita akan mati. Jadikan setiap minit berharga okey? (Maaf la, bercampur baur mood dan nada ayat mungkin. :D )

Emm..banyak sebenarnya nak kongsi lagi, tapi saya sedang menuju ke tempat istimewa. Curi masa je ni :) Sehingga bertemu lagi In Sha Allah..

P/S:
Korang nak tau tak, salah satu impian saya, dan saya mintak dekat DIA dengan sungguh ialah, saya mati dalam keadaan suci dan cantik. Suci dan cantik luar dan dalam. Sebab saya nak pulangkan pada DIA sebagaimana yang DIA pinjamkan pada saya. Dan memandangkan DIA hadirkan saya ke dunia dengan fitrah yang suci, maka saya ingin kembali dengan fitrah yang suci juga.. Aaamiin ya rabbal 'alamin.. Sahabat2ku yang comel2, tolong aminkan sekali ya? Terima kasih.. Semoga Allah menghadiahkan perkara yang sama pada kalian. :)

No comments:

Post a Comment